
Pengakap Remaja ialah peringkat ketiga dalam siri latihan kepengakapan, terbuka kepada remaja berusia 15 hingga 18 tahun. Apabila mencapai umur 18 tahun, ahli perlu meninggalkan pasukan ini dan bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Unit ini diwujudkan bagi membolehkan ahli Pengakap meneruskan latihan selepas Pengakap Muda, dengan penekanan kepada pembangunan jasmani, rohani, sahsiah dan kematangan diri. Peringkat ini amat penting bagi melengkapkan ahli dengan pengetahuan, kemahiran dan semangat kepimpinan yang diperlukan untuk memainkan peranan yang positif dalam masyarakat.
Bagi Pengakap Muda yang berumur 15 tahun, penyertaan ke dalam unit ini adalah wajib. Sekiranya mereka belum mencapai Lencana Jaya, latihan boleh diteruskan sehingga syarat tersebut dipenuhi.
Cogan kata Pengakap Remaja ialah:
“Pandang Luas”